halo kawan-kawan,
Confirmed: Debat Calon pada 8.00malam hari Khamis ini(28hb May) di Dewan JKKK Indera Muda, Kubang Semang
Debat calon adalah cara baik untuk calon-calon persembahkan dan pertahankan dasar-dasar masing-masing. Ia merupakan komunikasi yang berbagai hala-sungguh lain dari ceramah atau lawatan rumah ke rumah di mana komunikasi hanya jalan sehala sahaja. Jadi kebanyakan negara yang amalkan demokrasi , tak kira kaya atau miskin, memerlukan calon-calon pilihan raya mengambil bahagian dalam debat calon. Ini juga adalah tanda calon hormati pengundi yang merupakan `boss’ besar mereka.
Jadi sama-samalah kita menjayakan debat calon ini-selepas usaha ini mengharungi berbagai cabaran.
Dilampirkan peraturan debat yang sudah dihantar kepada calon-calon berkenaan.
Untuk maklumat selanjutnya lawatilah https://mafrel.wordpress.com
Jumpa di sana!
Ong BK & Team Mafrel di Penanti
Kepada
Calon Pilihan Raya Kecil Penanti
Tuan/Puan,
Per: program debat calon bagi Pilihan Raya Kecil Penanti pada 28hb May 2009
1. Sukacita mendapati tuan/puan telah bersetuju mengambil bahagian dalam debat calon yang akan dianjurkan pada 28hb May (Khamis ini) pada jam 8.00malam-11.00malam di dewan Moral Uplifting Society*, Tanah Liat, Penanti. Sebagai penganjur kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawapan positif tuan/puan terhadap jemputan kami yang telah diserahkan pada hari penamaan calon, dengan tujuan mempromosi budaya pilihanraya yang sihat dan menghormati hak pengundi terhadap maklumat.
*Tempat telah berubah ke Dewan JKKK Indera Muda, Kubang Semang.
2. Format debat: a)setiap calon dijemput mengucap tentang manifesto percalonan masing masing selama 10min. b)Selepas itu setiap calon dijemput melontar 1-2 soalan kepada calon-calon lain, semuanya dalam 3 min bagi setiap orang. c)Selepas semua soalan dikemukakan calon yang ditujukan soalan akan diberi masa tidak lebih 5 min untuk menyangkal semua soalan pihak lawan. d)Ini akan dijalankan sebanyak 2 round. e)Selepas itu soalan dibukakan kepada para hadirin-dimana setiap orang diberi masa tidak lebih 3 min untuk menyoal mana-mana calon. f)Soalan akan dikumpul sebelum dijawab oleh calon berkenaan. g)Soal-jawab antara calon dan hadirin akan dijalankan beberapa round sehingga masa tamat. Program dijangka berjalan lebih kurang 2 jam sahaja.
3. Moderator debat adalah Cik Zainab Wahidin, pensyarah Sains Kemasyarakatan USM
4. Sekiranya ada sebarang keraguan sila tujukan soalan kepada pihak penganjur: 013-5900339(Ong BK)
Sekian. Terima kasih ke atas perhatian.
Yang benar,
Ong Boon Keong
Pengarah Wilayah Utara MAFREL serta penganjur debat calon
013-5900339
Democracy4now@gmail.com
25hb May 2009
harap mafrel boleh rakam seluruh debat tersebut dan hantar ke yuotube untuk tontonan orang ramai.
saya berharap calon pilihanraya masa depan mesti disyaratkan mesti menghadiri debat yang dianjurkan. Calon yang tiada pandangan membangun negara sepatutnya tidak diberi kelayakan bertanding kerana mereka yang tiada berupaya yang akhirnya akan terlibat politik wang sahaja.
Sekiranya boleh , menganjurlah lebih debat ( calon sama ). tetapi dilokasi berlainan dan tajuk debat yang berlainan
contohnya i) pandangan pembangunan setempat calon , ii) pandangan pembangunan negara,……..