Soalan Dewan Negara di mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Parlimen Ke 12
SOALAN:
Senator Tn haji Muhamad Yusof bin Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kewangan yang dibelanjakan oleh semua agensi Kerajaan untuk mengendalikan pilihan raya kecil 2009 bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang, Perak; DUN Bukit Selambau, Kedah; DUN Batang Ai, Sarawak; dan DUN Penanti, Pulau Pinang.
JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat pelbagai pihak yang terlibat secara langsung di dalam proses pilihanraya termasuk pihak-pihak berkuasa dan jabatan-jabatan di bawah kementerian yang berlainan. Perbelanjaan oleh pihak-pihak tersebut tidak dapat ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Namun, pecahan jumlah kewangan yang dibelanjakan oleh SPR, mengikut Bahagian pilihan Raya yang terlibat adalah seperti berikut:
P059 Bukit Gantang RM703,000.00
N025 Bukit Selambau RM283,000.00
N029 Batang Ai RM355,000.00
N012 Penanti RM515,000.00
Sekian, terima kasih.
Jawapan disediakan oleh: Dato Seri Mohamed Nazri b Abdul Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)